BUDHA ADALAH NABI ZULKIFLI AS
Benarkah Buddha adalah Nabi Zulkifli a.s? Apakah bukti Buddha adalah
Nabi Zulkifli? Kalau kita semak dan pelajari riwayat hidup kedua2 tokoh
ini... maka ada kemungkinan 90 % mereka adalah orang yang sama...
1.
Menurut Abu’l Kalam Azad (seorang Urdu scholar), Sang Buddha (Buddha
Shakyamuni) yg dikenal sbg guru suci bagi umat Buddha tidak lain adalah
Nabi Zulkifli, yg dlm Al-Quran disebut sbg Nabi yg mempunyai tingkat
kesabaran yg tinggi, dan sangat baik. Dalam bahasa Arab Zulkifli sendiri
berarti “orang yg berasal dari Kifl”. Sedangkan Kifl itu sendiri, masih
menurut Kalam Azad, merupakan nama Arab utk Kapila (singkatan dari
Kapilavastu).
2. Buddha Maitreya yg dikenal dlm agama Buddha sbg
“Buddha yg akan datang” menurut beberapa analisa tidak lain adalah Nabi
Muhammad. Dalam kitab Chakkavatti Sinhnad Suttanta D. III, 76 bisa
ditemui: “There will arise in the world a Buddha named Maitreya (the
benevolent one) a holy one, a supreme one, an enlightened one, endowed
with wisdom in conduct, auspicious, knowing the universe“.
SIAPAKAH NABI ZULKIFLI
Zulkifli
bermaksud sanggup menjalankan amanah raja. Menurut cerita, raja di
negeri itu sudah lanjut usia dan ingin mengundurkan diri daripada
menjadi pemerintah, tetapi beliau tidak mempunyai anak.
Justeru,
raja itu berkata di khalayak ramai:"Wahai rakyatku! Siapakah antara kamu
yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada waktu malam.
Selain itu, sentiasa bersabar ketika menghadapi urusan, maka akan aku
serahkan kerajaan ini kepadanya."
Tiada seorang pun menyahut
tawaran raja itu. Sekali lagi raja berkata:"Siapakah antara kamu yang
sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada malamnya serta
sanggup bersabar?"
Sejurus itu, Basyar dengan suara yang lantang
menyatakan kesanggupannya. Dengan keberanian dan kesanggupan Basyar
melaksanakan amanah itu beliau diberi gelaran Zulkifli.
Baginda juga adalah nabi yang cukup sabar seperti firman Allah, bermaksud:
"Ismail, Idris dan Zulkifli adalah orang yang sabar dan Kami beri rahmat kepada semua kerana mereka orang yang suka bersabar."
SIAPAKAH SIDDHARTHA GAUTAMA
Pada
akhir abad ketujuh S.M. (tahun 623 S.M.), lahirlah seorang yang bernama
Siddhartha Gautama di bandar Kapilavastu/Kapilavathu (Kapil, lidah Arab
menyebut Kafil @ Kafli). Siddhartha Gautama merupakan putera kepada
Raja Suddhodana dan Permaisuri Maha Maya. Raja Suddhodana dari keturunan
suku kaum Sakyas, dari keluarga kesastrian dan memerintah Sakyas
berdekatan negeri Nepal. Manakala Permaisuri Maha Maya pula adalah
puteri kepada Raja Anjana yang memerintah kaum Koliya di bandar
Devadaha.
Sebelum kelahiran Buddha: Permaisuri bermimpi dibawa
oleh 4 orang dewa ke sebuah gunung yang tinggi. Kemudian, permaisuri
melihat seekor gajah putih yang cantik. Pada belalai gajah itu terdapat
sekuntum bunga teratai. Gajah mengelilinginya 3 kali sebelum masuk ke
dalam perut permaisuri.
MAKSUD ISTILAH BUDDHA
Dalam agama
Buddha, perkataan Buddha bermaksud 'seorang yang bijaksana' atau 'dia
yang mendapat petunjuk'. Kadang kala istilah ini digunakan dengan maksud
'nabi'. Gautama Buddha pernah menceritakan kedatangan seorang Antim
Buddha. Perkataan Antim bermaksud 'yang terakhir' dan Antim Buddha
bermaksud 'nabi yang terakhir' (Antim terakhir yang dimaksudkan ialah
Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul terakhir). Pada saat kematian
Gautama Buddha, beliau memberitahu perkara ini kepada pengikut setianya
bernama Ananda.
Makna "Nabi" dalam bahasa Arab (berasal dari kata
naba yang bererti "dari tempat yang tinggi"; kerana itu orang 'yang di
tempat tinggi' dapat melihat tempat yang jauh). Nabi dalam bahasa Arab
sinonim dengan kata Buddha sebagaimana yang difahami oleh para penganut
Buddha. Sinonimnya pengertian ini dapat diringkaskan sebagai "Seorang
yang diberi petunjuk oleh Tuhan sehingga mendapat kebijaksanaan yang
tinggi menggunung".
RINGKASAN KISAH SIDDARTHA GAUTAMA
Kelahiran
Bodhisatta (Bodhisattva, bakal Buddha atau bakal mencapai Pencerahan)
pada tanggal 623 S.M. pada bulan purnama Vesak. Selepas sahaja
Bodhisatta dilahirkan, Permaisuri Maha Maya mangkat selepas tujuh hari
melahirkan anak.
Pada hari kelahiran Bodhisatta telah disedari
secara ghaib oleh seorang tua yang sedang bertapa di kaki gunung
Himalaya yang digelar Asita Bijaksana (nama asalnya Kala Devala). Asita
bergegas ke istana pada keesokannya untuk melihat dan menilik putera
Raja Suddhodana.
Asita mendapati terdapat 32 tanda utama dan 80
tanda kecil menunjukkan Bodhisatta bakal menjadi Manusia Agung dan Guru
Agung kepada manusia dan dewa-dewa (i.e. Jin dan Malaikat, kelemahan
umat Hindu dan Buddha ialah tidak dapat bezakan antara Jin dan Malaikat
yang keduanya dipanggil DEWA-DEWA).
Asita menangis kerana sedih
tidak sempat mendengar ucapan dan pengajaran Buddha di masa akan datang,
beliau kemudian berlutut tunduk hormat kepada bayi Bodhisatta.
Kenyataan
terakhir Asita ialah Bodhisatta hanya akan menjadi salah satu dari dua
iaitu sekiranya ia kekal membesar dalam istana dia akan menjadi Maharaja
Agung manakala kalau dia berjaya lari dari istana maka dia akan menjadi
Mahaguru Agung.
Upacara menamakan putera raja diadakan pada hari
kelima selepas Boddhisatta dilahirkan. Pada akhir majlis itu, 108 orang
bijaksana memutuskan nama yang sesuai untuk putera raja iaitu
SIDDHARTHA GAUTAMA yang membawa maksud ‘Cita-Cita Terkabul’.
Siddhartha
kemudian membesar di istana dan belajar kepada seorang guru istana
bernama Sirva Mitra. Beliau menjadi pelajar yang luar biasa pintar dan
mahir dengan ilmu ketenteraan. Yang menjadi kehairanan kepada orang
disekeliling dan gurunya ialah sifat Siddharta yang sensitif terhadap
penganiayaan hinggakan tidak ada seorang pun yang beliau lihat
menganiaya binatang kecuali mencegahnya serta merta.
Malah beliau
sangat bersedih melihat para petani berkerja keras membajak tanah
dibawah terik matahari menyebabkannya lari ketempat lain ke sebuah
pokok(Tiin-Bodhi) dan duduk di sana secara bertafakur (samadhi) untuk
membuang stress.
PERSAMAAN NABI ZULKIFLI DENGAN SIDDARTHA GAUTAMA
Maka
berbalik kepada maudhu' perbahasan, benarkah Buddha itu disebut dalam
Al-Qur'an? Sebenarnya tidak ada kata-kata “Buddha” dalam Al-Qur'an,
namun menurut Dr. Alexander Berzin bahawa terdapat catatan para
sejarawan dan peneliti yang mengaitkan beberapa ayat Al-Qur'an dengan
Sang Buddha, iaitu pada maksud ayat;
"Demi (buah) Tin (fig) dan
(buah) Zaitun, dan demi bukit Sinai, dan demi kota (Mekah) ini yang
aman, sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang
sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang
serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan
mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada
putus-putusnya. Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari)
pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu? Bukankah Allah
Hakim yang seadil-adilnya?"(At-Tin 95 : 1)
Beliau menjelaskan
bahawa buah Zaitun melambangkan Jerusalem, Isa a.s. (Jesus, Kristian).
Bukit Sinai melambangkan Musa a.s. dan Yahudi. Kota Mekah pula
menunjukkan Islam dan Muhammad SAW. Manakala pohon Tin (fig) pula
melambangkan apa?
Tin (fig) = Pohon Bodhi
Pohon Bodhi
adalah tempat Buddha mencapai Pencerahan Sempurna. Al-Qasimi di dalam
tafsirnya berpendapat bahawa sumpah Allah SWT dengan buah tin yang
dimaksud ialah pohon Bodhi. Prof. Hamidullah juga berpendapat sama
dengan al-Qasimi bahawa perumpamaan pohon (buah) tin (fig) di dalam
Al-Qur'an ini menunjukkan Buddha itu sendiri, maka dari sinilah mengapa
sebahagian ilmuan Islam meyakini bahawa Buddha telah diakui sebagai nabi
di dalam agama Islam.
Manakala Hamid Abdul Qadir, seorang
sejarawan abad ke-20 mengatakan dalam bukunya Buddha Yang Agung: Riwayat
dan Ajarannya (Arab: Budha al-Akbar Hayatuh wa Falsaftuh), menjelaskan
bahawa Buddha adalah nabi Dhul-Kifl, yang bererti “ia yang berasal dari
Kifl”. Nabi Dhul-Kifl @ Zulkifli disebutkan 2 kali dalam Al-Qur'an:
"Dan
(ingatlah kisah) Ismail, Idris dan Dzulkifli (Dhul Kifl). Semua mereka
termasuk orang-orang yang sabar." (Al-Anbiya' 21: 85).
"Dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa, dan Dzulkifli (Dhul Kifl). Semuanya termasuk orang-orang yang paling baik." (Shad 38 : 48).
KESIMPULAN
“Kifl”
adalah terjemahan Arab dari Kapilavastu (Kapil), tempat kelahiran
Bodhisattva (Buddha). Hal ini juga yang mungkin menyebabkan Mawlana Abul
Azad seorang ahli teologi Muslim abad ke-20 turut menekankan bahawa
Dhul-Kifl dalam Al-Qur'an boleh jadi adalah Buddha.
Dalam sejarah
Islam, Nabi Zulkifli a.s. adalah antara nabi yang mempunyai cerita yang
paling sedikit dibicarakan. Hal ini mungkin menjadi faktor kepada
sebahagian ulama' menyamakan watak Dzul-Kifli dalam Al-Qur'an dengan
Buddha yang secara kebetulan banyak persamaan sekiranya disuaikan.
Yang
menarik perhatian saya ialah mengenai surah at-tin (the fig). Allah
berfirman mengenai pokok/buah tin, pokok/buah zaitun, bukit sinai dan
kota mekah. Mekah dikaitkan dgn Nabi Muhammad s.a.w., Bukit Sinai dengan
Nabi Musa, zaitun dengan Nabi Isa a.s., dan siapa pula dikaitkan dengan
buah atau pokok tin?
Dikatakan dalam sejarah bahawa Gautama
Buddha duduk bawah pokok tin. Kalau ikut istilah islam, dia dapat wahyu
masa duduk bawah pokok tersebut. Ikut tulisan orang Buddhist, dia dapat
ilham masa duduk bawah pokok tersebut.
Bila Allah berfirman... "Wattiini wazaitun... watuurisinina wahazal baladil amin."
Allah
menyebut perihal nabi2-Nya... Tiin (Nabi Zulkifli-Buddha), Zaitun (Nabi
Isa a.s), Siniina- bukit Sinai(Nabi Musa) dan Baladil amin -Tanah yang
aman dan selamat(Mekah)- NABI MUHAMMAD SAW... ia ikut urutan... hebatnya
Qur'an...sebagai kalimat Tuhan.. susunan sejarah riwayat nabi-Nya...
Mari kita sama-sama fikirkan... HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.